MELAKA HOMESTAY - MASKADRY HOMESTAY APARTMENTS

Saturday, June 19, 2010

Penutup SUKMA ke 13 & Berakhir Cuti Sekolah Pertengahan Tahun

Selama hampir 2 minggu, Pihak Maskadry Homestay Apartments Melaka mengucapkan selamat dan terima kasih kepada semua tetamu kami yang telah menginap di Homestay Maskadry Melaka sepanjang tempoh percutian sekolah baru-baru ini dan bersempena pula dengan SUKMA ke 13 Melaka.

2 minggu yang agak memenatkan tetapi sangat teruja dengan kehadiran tetamu lama dan baru. Rata-rata tetamu amat gembira sepanjang lawatan mereka ke Negeri Melaka dan begitu banyak pujian yang diterima ke atas perancangan hebat Kerajaan Negeri Melaka di dalam memajukan sektor Pelancongan Negeri ini. Ramai juga berharap agar Eye On Malaysia (EOM) dapat di operasi semula dengan kaedah Kerajaan Negeri Melaka mengambilalih keseluruhan aset dan pentadbirannya. Ditambah pula dengan pembukaan Taman Tema Air terbaru di Melaka iaitu Melaka Wonderland, sudah pastinya tetamu-tetamu kami mempunyai sebab untuk kembali ke Negeri Melaka di masa akan datang.

SUKMA ke 13 Melaka akan melabuhkan Tirainya malam ini, dan Negeri Melaka telah diiktiraf sebagai Penganjur Terbaik SUKMA, walaupun dari segi kutipan pingat Negeri Melaka berada di tangga ke 7, tapi ia adalah pencapaian yang sangat memberangsangkan bagi Negeri kecil di semenanjung ini. Tahniah buat semua athlit dan pegawai yang telah bertungkus-lumus menjaya SUKMA ke 13 baru-baru ini, dan juga sejuta taniah buat Ketua Menteri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam penganjuran SUKMA ke 13 kali ini.

Pihak Maskadry Homestay Apartments juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan dorongan tetamu-tetamu kami baik yang baru mahupun yang sudah 2-3 kali menginap di Homestay kami, yang mendoakan kejayaan kami, tapi apa yang pasti tanpa sokongan dan dorongan anda semua siapalah kami. Sekali lagi terima kasih.

Tuesday, June 15, 2010

Tarikan Terbaru - Melaka Wonderland

MELAKA: Taman Tema Air Melaka Wonderland yang terletak di Ayer Keroh di sini, dibuka kepada orang ramai mulai hari ini dengan menawarkan 16 aktiviti air.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata taman tema yang mula dibina pada Ogos 2009 itu dijangka mampu menarik lebih 800,000 pengunjung setahun.

"Taman tema ini seluas 30 ekar (12 hektar) dan mempunyai 16 aktiviti air iaitu terbanyak di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan taman tema itu, hari ini.

Mohd Ali berkata, projek yang dibangunkan Melaka Wonderland Sdn Bhd itu menelan belanja RM80 juta, iaitu RM42 juta untuk pembinaan taman tema air manakala baki RM38 juta untuk tanah dan pembangunan lain seperti hotel yang sedang dalam pembinaan di situ.

Katanya, hotel bertaraf empat bintang dengan 168 bilik itu yang sedang dalam pembinaan di taman tema itu akan siap dalam tempoh setahun.

Beliau yakin taman tema itu akan menambah bilangan pelancong ke Melaka sekaligus membantu memenuhi sasaran kedatangan 8.2 juta pelancong tahun ini dengan purata bermalam selama tiga malam.

"Sasaran ini akan berjaya dicapai sekiranya sektor ini mendapat sokongan dan pembabitan sepenuhnya daripada industri pelancongan dan penyertaan rakyat secara langsung atau tidak langsung," katanya.
Beliau berkata, tahun lalu bilangan pelancong yang datang ke negeri ini adalah sebanyak 8.9 juta orang dengan tempoh bermalam selama dua suku malam.

Taman tema itu dikelilingi lebih 359 hektar kawasan hutan rekreasi. - Bernama

http://www.melakawonderland.com.my

Thursday, May 6, 2010

Penginapan Untuk SUKMA XIII Melaka

Salam Sejahtera,

Dijangkakan lebih 500,000 orang akan mengunjungi Melaka sempena Sukan Malaysia Ke-13 SUKMA XIII yang akan berlangsung dari 10 - 19 Jun 2010 ini.

Adalah dijangkakan juga semua Hotel, Resort, Rumah Tumpangan dan lain-lain bentuk penginapan akan penuh ditempah. Bagi mereka-mereka yang bercadang menghadiri atau melawat SUKMA sempena cuti persekolahan disarankan membuat tempahan awal.

Pihak Maskadry Homestay Apartments menyediakan 4 unit Apartment untuk disewakan secara harian, mingguan ataupun sebulan...lengkap dengan perabot, penghawa dingin dan lain-lain kelengkapan rumah.

Sila lawat http://maskadry-homestay.webnode.com untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Promosi Penginapan Bulan Mei 2010 Maskadry Homestay Melaka

Salam Sejahtera,

Pihak Maskadry Homestay Apartments menawarkan PROMOSI BULAN MEI 2010 untuk penginapan di Homestay kami sepanjang bulan Mei ini.

Promosi penginapan ini adalah seperti berikut :-

RM180.00/semalam - Cuti Umum/Persekolahan (Tel untuk Diskaun)
RM150.00/semalam - Hujung Minggu (Jumaat - Ahad)
RM130.00/semalam - Hari biasa (Isnin - Khamis)

Jangan lepas tawaran penjimatan ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 012-6969384/019-6689131.
atau lawat http://maskadry-homestay.webnode.com

Wednesday, April 28, 2010

Promosi Bulan Mei 2010

MASKADRY HOMESTAY APARTMENTS akan memberikan tawaran penginapan untuk bulan Mei 2010 ini pada harga diskaun 10% untuk tetamu-tetamu yang memilih untuk menginap melebihi 2 malam berturut-turut. (Harga biasa Jumaat - Ahad RM180.00/semalam. Selepas diskaun RM 160.00/semalam)

Untuk keterangan lanjut sila ke http://maskadry-homestay.webnode.com.

Tuesday, April 13, 2010

KEMUDAHAN PENGINAPAN ALTERNATIF

Salam Sejahtera,

Kami mengucapkan selamat datang ke blog ini, yang mana tujuan utama blog ini dibina adalah untuk memberikan maklumat mengenai perkhidmatan homestay yang sedang kami usahakan di Bandaraya Melaka Bersejarah.

Untuk makluman bagi anda yang baru pertama kali melawat blog ini,kami mula mengusahakan perkhidmatan homestay ini bermula bulan November 2009, bermula dengan 2 buah unit apartment 3 bilik.

Alhamdullilah, setelah menjalankan perkhidmatan ini selama 2 bulan dan menerima sambutan yang agak menggalakkan, maka kami terpanggil untuk menambah 2 unit lagi apartment menjadikan kini kami mempunyai 4 unit apartment.

Konsep homestay kami adalah "Urban Homestay" dimana kelengkapan asas seperti Katil, Tilam, Penghawa Dingin, TV, Sofa, Meja Makan, Pemanas Air, kelengkapan dapur untuk memasak dan lain-lain kemudahan disediakan menjadikan penginapan anda di homestay kami amat selesa dan menjimatkan.

Berbeza dengan konsep "Village Homestay" yang mana anda tinggal bersama-sama pemilik homestay, menjanjikan "Privasi" untuk dinikmati sekeluarga apabila datang bercuti ke Bandaraya Melaka Bersejarah ini.

Berbeza juga dengan perkhidmatan Hotel & Service Apartment, dimana bilangan tetamu yang dihadkan jumlahnya, di homestay kami anda bebas menginap dengan lebih ramai ahli keluarga anda secara berkumpulan, biasanya setiap homestay boleh memuatkan sehingga 12 orang dewasa dengan selesa. Kami juga menyediakan tilam dan bantal tambahan secara "PERCUMA".

Kadar sewanya juga amat berpatutan, dimana jika anda membandingkannya dengan penginapan di Hotel Budget sekalipun, ia masih tetap murah dan berbaloi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melawat website rasmi kami di http://maskadry-homestay.webnode.com