Selama hampir 2 minggu, Pihak Maskadry Homestay Apartments Melaka mengucapkan selamat dan terima kasih kepada semua tetamu kami yang telah menginap di Homestay Maskadry Melaka sepanjang tempoh percutian sekolah baru-baru ini dan bersempena pula dengan SUKMA ke 13 Melaka.
2 minggu yang agak memenatkan tetapi sangat teruja dengan kehadiran tetamu lama dan baru. Rata-rata tetamu amat gembira sepanjang lawatan mereka ke Negeri Melaka dan begitu banyak pujian yang diterima ke atas perancangan hebat Kerajaan Negeri Melaka di dalam memajukan sektor Pelancongan Negeri ini. Ramai juga berharap agar Eye On Malaysia (EOM) dapat di operasi semula dengan kaedah Kerajaan Negeri Melaka mengambilalih keseluruhan aset dan pentadbirannya. Ditambah pula dengan pembukaan Taman Tema Air terbaru di Melaka iaitu Melaka Wonderland, sudah pastinya tetamu-tetamu kami mempunyai sebab untuk kembali ke Negeri Melaka di masa akan datang.
SUKMA ke 13 Melaka akan melabuhkan Tirainya malam ini, dan Negeri Melaka telah diiktiraf sebagai Penganjur Terbaik SUKMA, walaupun dari segi kutipan pingat Negeri Melaka berada di tangga ke 7, tapi ia adalah pencapaian yang sangat memberangsangkan bagi Negeri kecil di semenanjung ini. Tahniah buat semua athlit dan pegawai yang telah bertungkus-lumus menjaya SUKMA ke 13 baru-baru ini, dan juga sejuta taniah buat Ketua Menteri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam penganjuran SUKMA ke 13 kali ini.
Pihak Maskadry Homestay Apartments juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan dorongan tetamu-tetamu kami baik yang baru mahupun yang sudah 2-3 kali menginap di Homestay kami, yang mendoakan kejayaan kami, tapi apa yang pasti tanpa sokongan dan dorongan anda semua siapalah kami. Sekali lagi terima kasih.
KEISTIMEWAAN
13 years ago
No comments:
Post a Comment